Thursday, April 29, 2010

BIASISWA OLEH UNIVERSITI SYDNEY

Yang dihormati Tuan, Puan,

TAWARAN BIASISWA OLEH UNIVERSITI SYDNEY UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN DI
PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PHD) TAHUN 2010

Merujuk kepada perbincangan pada 29 April 2010, adalah dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah dimaklumkan mengenai tawaran pemberian biasiswa oleh Universiti Sydney kepada calon-calon rakyat Malaysia yang ingin menyambung pengajian di peringkat PhD pada tahun 2011.

Syarat-syarat yang diperlukan adalah seperti yang dinyatakan di dalam
a. Borang biasiswa
b. Iklan biasiswa

Sehubungan itu pohon
sekiranya pihak tuan, puan dapat menghebahkan kepada pihak-pihak yang berminat.

Sekian, terima kasih.
Salam hormat
Bagi Pihak MSD dan MyPSA

Sunday, April 25, 2010

MALAM LAGU, PUISI DAN KOPI


Pada 1 Mei 2010 ini akan berlangsung satu acara yang dikenali sebagai MALAM LAGU, PUISI DAN KOPI. Anda semua dijemput hadir.

Band-band terpilih akan mengadakan persembahan pada malam tersebut. Anda juga boleh menyumbangkan suara dalam bentuk nyanyian atau bacaan puisi pada malam tersebut. Semuanya boleh dilakukan secara spontan dan santai. Tiada tema tertentu yang ditetapkan hanya perlu sedikit keyakinan diri dan emosi yang terkawal. Jangan lepaskan peluang ke acara ini anggaplah ia sebagai 'Break' untuk lepaskan tension belajar. :)

Jumpa anda disana!





HajarAznam
Exco PR&Communication
MyPSA Sydney

Sunday, April 11, 2010

Terima Kasih dan Selamat Pulang ke Malaysia




Pada 10 April 2010 bertempat di Malaysian Hall telah berlangsungnya Majlis Perpisahan Dr. Nasir Abu Hassan, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Sydney.

Terima Kasih tidak terhingga kepada Dr. Nasir di atas khidmat dan jasa yang telah dicurahkan selama beliau berada di Sydney. Sesungguhnya segala nasihat dan kata-kata yang berharga dari beliau akan sentiasa tersemat di hati dan minda kita. Selamat pulang ke Malaysia juga buat Dr.Nasir yang akan berangkat pada 15 April 2010.

Saturday, April 3, 2010

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan Selamat Datang kami ucapkan kepada ahli-ahli baru dan lama MyPSA.

Pada tahun 2010 ini kami mengharapkan anda semua dapat bersama-sama kami dalam menjayakan aktiviti-aktiviti menarik yang akan kami rancang. Anda juga berpeluang memberikan idea dan cadangan aktiviti kepada kami.

Blog ini juga telah dicipta untuk memudahkan anda mendapatkan informasi terkini tentang aktiviti mahupun berita semasa berkaitan ahli-ahli MyPSA dan isu-isu berbangkit.

Kami tidak sabar untuk berinteraksi dengan anda dan seterusnya bersama-sama menjayakan aktiviti MyPSA untuk kebaikan bersama.

Nantikan kemunculan MyPSA di Facebook!





Oleh:
HajarAznam
Exco
PR&Communication