Wednesday, October 20, 2010

Derma untuk Saudara Mohd. Najib b. Mohd Razali

Assalamualaikum kepada rakan-rakan,

Saya telah dimaklumkan mengenai seorang sahabat kita Mohd Najib b. Mohd Razali, seorang pelajar post-grad yang belajar di University of Western Sydney telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan serangga (Bug’s Infection). Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kesan jangkitan tersebut sangat memeranjatkan kerana para doktor yang merawat beliau telah mengambil keputusan untuk memotong kaki kanan beliau pada paras lutut. Semalam (14/10/2010) telah dijalankan pemotongan kaki tersebut di Prince of Wales Hospital, Randwick. Alhamdulillah pembedahan tu Berjaya dan kini masih di hospital untuk rawatan susulan. Rawatan susulan ini mungkin mengambil masa selama beberapa bulan, dan tentunya akan menjejaskan pengajian beliau.

Isteri beliau, saudari Hajar juga adalah pelajar PhD di Univeristy of Wollongong, juga seorang pensayarah di UTM. Mereka mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Disebabkan kejadian ini, ibu kepada saudara Najib telah datang dari Malaysia untuk menemani beliau.

Jadi di sini saya mewakili pihak MyPSA NSW ingin melancarkan tabung derma kepada beliau. Semoga sedikit sumbangan dari pihak anda semua akan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung oleh beliau.

Di samping itu, diharap juga kita dapat sama-sama berdoa supaya mereka sekeluarga diberi kekuatan dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini. Saya sendiri sangat kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh saudari Hajar dalam menghadapi dugaan yang besar ini.

Untuk sumbangan kewangan, boleh la diberikan kepada saya selaku AJK Kebajikan MyPSA NSW 2010, atau terus ke Akaun MyPSA NSWselewatnya 8/11/2010.

akaun no: 012077 490532754

Nama : MyPSA

Bank: Commonwealth Bank


Yang benar

Azmi (AJK Kebajikan MyPSA)


No comments:

Post a Comment