Tuesday, June 29, 2010

Ceramah Penghayatan Isra' Mikraj MSDA-MYPSA NSW 1431H

Assalammualaikum,

Tuan, Puan yang dihormati,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kepada semua warga MYPSA NSW. Pihak MyPSA dengan kerjasama MSDA akan mengadakan majlis ceramah Penghayatan Isra' Mikraj 1431 H. Sehubungan dengan ini, tuan-puan adalah dengan segala hormatnya dijemput untuk turut mengimarahkan lagi majlis tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Lokasi : Malaysia Hall
Waktu : 7.30 p.m. - 9.00 p.m.
Penceramah : Yang Berbahagia Dr Sirajuddin Suhaimee, Setiausaha Pertama (Halal), High Commision of Malaysia, Canberra.

Diharap dapatlah kita bersama-sama menghadirkan diri ke majlis ilmu yang sentiasa dituntut di dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Sekian, terima kasih,


Mokhtar Zamimi
Exco Pendidikan dan Kerohanian

Tuesday, June 22, 2010

11 jenis manusia didoa Malaikat

11 jenis manusia didoa Malaikat



11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”



10. Orang yang sedang makan sahur.



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”



11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah



* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

Hebahan Exco IT (22.06.2011)

Tuesday, June 15, 2010

Majlis Perpisahan warga MyPSA Winter 2010

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kepada warga MyPSA yang masih berada di Sydney. Pihak MyPSA akan mengadakan majlis perpisahan untuk warga MyPSA yang akan menamatkan pengajian mereka di Sydney pada semester ini.
Mereka yang terbabit adalah :
Saiful Azlan Rosli
Ismainur Hadi Ahmad Bakeron
Mohd Rusdi Ahmad
Emy Syafinaz Abdul Hamid
Lailatul Akhma

Lokasi : Malaysia Hall
Waktu : 11.00a.m. - 2.00p.m. 20/06/2010 (Ahad)
Menu : BBQ dan Pot Luck
Konsep : Santai

Diharap ramai yang akan datang meraikan mereka yang akan pulang kali ini. Moga dapat kiranya kita dapat memberikan ucapan Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan kita ini.

Khairul Azmi (AJK Welfare)

Hebahan Exco IT 6/16/2010

Sunday, June 13, 2010

Pasar Malaysia MyPSA

Pasar Malaysia MyPSA
Tujuan : Memupuk semangat keusahawanan di kalangan warga pelajar Malaysia.
Tempat : Malaysia Hall
Konsep Jualan : Santai (seperti Sunday Market)
Tarikh : 27 Jun 2010 (Ahad)
Waktu : 11.00am – 3.00pm
Bilangan gerai : 10 gerai (dibuat mengikut persatuan)
Kadar Bayaran : AUD$15.00 setiap tapak + AUD$35.00 sebagai deposit, deposit akan dikembalikan sepenuhnya jika tapak berkenaan dibersihkan sendiri oleh penyewa.
** Penyewa yang berminat, boleh terus menempah untuk Pasar Ramadhan MyPSA 2010.
Jenis barangan dijual :
· Makanan – 7 gerai
· Minuman – gerai MyPSA
· Barangan cenderahati dan lain-lain – 3 gerai


p/s: Jika ramalan cuaca pada hari tersebut adalah hujan, pihak MyPSA akan memaklumkan 3 hari sebelumnya

Terima Kasih,
Khairul Azmi (Untuk maklumat lanjut sila hubungi email dahulu: azmi3@yahoo.com)

Exco Welfare

Hebahan Exco IT (14.06.2010)

Thursday, June 10, 2010

Pengumuman- Bacaan Yasin - 11.06.2010

Pengumuman- Bacaan Yasin - 11.06.2010. Hari Jumaat ada presentation oleh seorang pelajar postgrad dari singapura(beliau melanjutkan pelajaran di UPM dalam bidanghalal food)bertajuk - Halal Awareness Approach

Hebahan exco IT 11.06.2010

Friday, June 4, 2010

Catatan.. KEJOHANAN FUTSAL SYDNEY 2010

KEJOHANAN FUTSAL SYDNEY 2010
By Hakimi


30 Mei – Satu Kejohanan Futsal Sydney 2010 telah berlangsung di Aquatic Centre, University of Sydney dengan menyaksikan penglibatan 20 pasukan (16 lelaki dan 4 wanita) dari segenap pelusuk NSW termasuklah dari Canberra, Wollongong, Macquarie dan tidak ketinggalan tuan rumah Sydney.

Objektif kejohanan ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan serta mengenali dengan lebih dekat persatuan/kelab yang bernaung di bawah JPMA di samping mewujudkan semangat muhibbah melalui sukan serta menyokong konsep satu Malaysia.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini merupakan hasil gabungan idea dari MyPSA dan Kelab UMNO serta mendapat sokongan penuh dari Jabatan Penuntut Malaysia Australia (JPMA). Format pertandingan adalah dalam bentuk liga. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 4 pasukan bagi kategori lelaki dan hanya 1 kumpulan yang mewakili kategori wanita.

Seawal jam 7.30 pagi, Aquatic Centre telah menjadi tumpuan para pemain dan penyokong yang datang membanjiri untuk menyaksikan pasukan masing-masing bertarung dan berhempas pulas. Ada juga pasukan yang datang awal sehari sebelum sepak mula kejohanan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan gelanggang. Bahang “WORLD CUP” yang semakin hampir telah menyemarakkan lagi semua pemain dengan menyaksikan 4 pasukan terawal berentap jam 8.20 pagi.

Sorakan padu para penyokong telah menggamatkan Aquatic Centre dari mula hinggalah ke penghujung kejohanan. Tirai kejohanan ditutup dengan penyampaian hadiah oleh Yang Berbahagia En Zahari Long dari JPMA. Hadiah berupa wang tunai, pingat, cenderahati dari minuman RED BULL serta piala pusingan JMPA-MyPSA NSW (johan kategori lelaki) serta Kelab UMNO (johan kategori wanita) telah menjadi taruhan. Di samping itu, terdapat juga voucher makanan dari Melaka Straits yang menjadi habuan kepada penjaring terbanyak dan pemain terbaik bagi kedua-dua kategori.

Kejohanan futsal 2010 telah menyaksikan pasukan Malaysian Hall Representative Council (MHRC) mendapat tempat ke-4 diikuti oleh pasukan Persatuan Pelajar Malaysia Sydney (PPMS) 2 bagi tempat ke-3. Naib johan telah disandang oleh pasukan TOM-TOM dari Petronas dan Johan Futsal adalah pasukan PPMS 1. Kesemua nya adalah bagi kategori lelaki. Bagi kategori wanita pula, johan telah disandang oleh pasukan ABU dan tempat ke-2 telah dimenangi oleh pasukan Lady Gagah. Pemain terbaik pula telah dianugerahkan kepada saudara Mohd Aiman (dari pasukan PPMS 1 untuk ketegori lelaki) dan saudari Min Lee (dari pasukan ABU untuk kategori wanita). Manakala, anugerah kasut emas telah dinobatkan kepada saudara Hemandran dan saudari Nadia@nadee bagi kategori masing..SYABAS para pemenang!!!!



Pada tahun ini, MyPSA telah melakar satu lagi sejarah penting kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan seumpama ini dengan lancar dan sempurna. Sesungguhnya, ia merupakan “new born baby” kepada MyPSA untuk dijadikan sebagai batu loncatan agar ianya dimasukkan sebagai salah satu aktiviti tahunan MyPSA.

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini baik dari urusetia, pengadil, pemain dan penyokong yang budiman. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada ABANG RAMLI @ CHEF RAMLI yang sudi menyediakan makanan pagi secara PERCUMA serta syarikat RED BULL, 100 PLUS yang menyediakan minuman pada hari kejohanan tersebut.

Harapan dari pihak penganjur ialah supaya dimasa hadapan agar lebih banyak pasukan yang tampil untuk menyertai kejohanan ini terutama sekali penglibatan kaum wanita sangat dialu-alukan. Saya turut menghargai segala bentuk pendapat atau komen bernas anda semua bagi maksud ‘continual improvement’ di masa akan datang.

MAJULAH SUKAN UNTUK MyPSA

Hebahan Exco IT and Publication - 05-06-2010

Tuesday, June 1, 2010

Nukilan Rasa.. Post Grads Day

Nukilan Rasa.. Post Grads Day
By Hakimi

Tanggal 22 Mei 2010 mencatat satu lagi peristiwa penting untuk diari MyPSA dimana dianggarkan seramai 100 pelajar pasca siswazah hadir ke “Post Grads Day” yang diadakan di Dewan Malaysia, Sydney baru-baru ini. Sesungguhnya, program ini merupakan kali ke – 4 sejak persatuan ini dilahirkan pada tahun 2007 dan dianjurkan oleh MyPSA dengan kerjasama Jabatan Penunutut Malaysia Australia (MSDA) dan Majlis Perwakilan Dewan Malaysia (MHRC).

Antara tujuan utama ‘post grads day’ ialah untuk memupuk semangat muhibbah dikalangan para pelajar disamping dapat beramah mesra serta mengeratkan persahabatan. Di samping itu, ia dapat menarik minat dan membuka ruang kepada mereka yang masih lagi belum mendaftar menjadi ahli MyPSA untuk mengenali lebih dekat apa itu MyPSA, halatuju serta perancangan MyPSA bagi memartabatkan perjuangan pelajar pasca siswazah. Ia turut berpeluang untuk memperkenalkan barisan kempimpinan MyPSA bagi sessi 2010/2011.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang hadir kerana sudi meluangkan masa dan meredah hujan untuk memberi sokongan ke atas program yang dianjurkan. Saya turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi memebantu bagi menjayakan program ini baik secara langsung atau tidak lansung…JASA MU DI KENANG…Tidak lupa juga kepada staf MSDA yang turut hadir untuk memeriahkan suasana dan adik-adik MHRC yang ringan tulang untuk membantu.

“Post grads day” kali ini menjanjikan sedikit kelainan dimana pihak MyPSA telah memperkenalkan konsep gerai makanan ala ‘buffet’ bagi ahli untuk menjamu selera disamping BBQ dan ‘sharing potluck” yang semuanya pasti menjilat jari. MyPSA juga merakamkan penghargaan kepada penaja utama iaitu RESTORAN ABG SAM yang sudi menyediakan 200 pax nasi minyak ayam secara PERCUMA. Antara penaja lain termasuklah WORLD KITCHEN yang menyumbang set Correlle dan Pyrex, BOHEMIA CRYSTAL dan tidak ketinggalan voucher makanan dari CAFÉ KASTURI, MELAKA STRAITS dan lain lagi.

Program ‘post grads day’ bermula jam 9.30 pagi untuk pendaftaran ahli dan diikuti oleh diskusi pagi bertajuk HIDUP DI PERANTAUAN. Antara panelnya ialah Ustaz Ahmad Sabri ( Education AttachĂ©, MSDA), saudara Khairul (University of Wollongong), saudara Hanafi (University of Macquarie) dan Dr. Nazirah (University of Sydney). Seterusnya, aktiviti mewarna dan melukis mengambil tempat untuk kanak-kanak dan sedoku bagi kategori dewasa. TERIMA KASIH kepada semua ahli panel dan kepada para pemenang untuk aktiviti mewarna, melukis , sedoku dan cabutan bertuah diucapkan TAHNIAH!!

Harapan saya agar‘post grads day’ masa hadapan akan terus menjanjikan kelainan agar konsep satu Malaysia dapat di gabung bagi memartabatkan persatuan ini ke tahap yang disegani. Segala kecacatan bagi program ini datang dari kita sendiri dan ALLAh sahaja yang menentukannya. Sesungguhnya, sokongan para ahli semua sangat lah dihargai.

JUMPA LAGI













Hebahan Exco IT and Publication - 01.06.2010