Tuesday, June 1, 2010

Nukilan Rasa.. Post Grads Day

Nukilan Rasa.. Post Grads Day
By Hakimi

Tanggal 22 Mei 2010 mencatat satu lagi peristiwa penting untuk diari MyPSA dimana dianggarkan seramai 100 pelajar pasca siswazah hadir ke “Post Grads Day” yang diadakan di Dewan Malaysia, Sydney baru-baru ini. Sesungguhnya, program ini merupakan kali ke – 4 sejak persatuan ini dilahirkan pada tahun 2007 dan dianjurkan oleh MyPSA dengan kerjasama Jabatan Penunutut Malaysia Australia (MSDA) dan Majlis Perwakilan Dewan Malaysia (MHRC).

Antara tujuan utama ‘post grads day’ ialah untuk memupuk semangat muhibbah dikalangan para pelajar disamping dapat beramah mesra serta mengeratkan persahabatan. Di samping itu, ia dapat menarik minat dan membuka ruang kepada mereka yang masih lagi belum mendaftar menjadi ahli MyPSA untuk mengenali lebih dekat apa itu MyPSA, halatuju serta perancangan MyPSA bagi memartabatkan perjuangan pelajar pasca siswazah. Ia turut berpeluang untuk memperkenalkan barisan kempimpinan MyPSA bagi sessi 2010/2011.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang hadir kerana sudi meluangkan masa dan meredah hujan untuk memberi sokongan ke atas program yang dianjurkan. Saya turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi memebantu bagi menjayakan program ini baik secara langsung atau tidak lansung…JASA MU DI KENANG…Tidak lupa juga kepada staf MSDA yang turut hadir untuk memeriahkan suasana dan adik-adik MHRC yang ringan tulang untuk membantu.

“Post grads day” kali ini menjanjikan sedikit kelainan dimana pihak MyPSA telah memperkenalkan konsep gerai makanan ala ‘buffet’ bagi ahli untuk menjamu selera disamping BBQ dan ‘sharing potluck” yang semuanya pasti menjilat jari. MyPSA juga merakamkan penghargaan kepada penaja utama iaitu RESTORAN ABG SAM yang sudi menyediakan 200 pax nasi minyak ayam secara PERCUMA. Antara penaja lain termasuklah WORLD KITCHEN yang menyumbang set Correlle dan Pyrex, BOHEMIA CRYSTAL dan tidak ketinggalan voucher makanan dari CAFÉ KASTURI, MELAKA STRAITS dan lain lagi.

Program ‘post grads day’ bermula jam 9.30 pagi untuk pendaftaran ahli dan diikuti oleh diskusi pagi bertajuk HIDUP DI PERANTAUAN. Antara panelnya ialah Ustaz Ahmad Sabri ( Education AttachĂ©, MSDA), saudara Khairul (University of Wollongong), saudara Hanafi (University of Macquarie) dan Dr. Nazirah (University of Sydney). Seterusnya, aktiviti mewarna dan melukis mengambil tempat untuk kanak-kanak dan sedoku bagi kategori dewasa. TERIMA KASIH kepada semua ahli panel dan kepada para pemenang untuk aktiviti mewarna, melukis , sedoku dan cabutan bertuah diucapkan TAHNIAH!!

Harapan saya agar‘post grads day’ masa hadapan akan terus menjanjikan kelainan agar konsep satu Malaysia dapat di gabung bagi memartabatkan persatuan ini ke tahap yang disegani. Segala kecacatan bagi program ini datang dari kita sendiri dan ALLAh sahaja yang menentukannya. Sesungguhnya, sokongan para ahli semua sangat lah dihargai.

JUMPA LAGI













Hebahan Exco IT and Publication - 01.06.2010

No comments:

Post a Comment